
28 Oktober 2025 I Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan Atlet UTHM 2024
Seramai 70 atlet UTHM diraikan dalam Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan Atlet 2024 yang berlangsung di Bilik Bankuet, Dewan Sultan Ibrahim.
Majlis disempurnakan oleh YBhg. Profesor Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), yang juga Menjalankan Fungsi Naib Canselor sebagai tanda penghargaan kepada atlet yang mengharumkan nama universiti di kejohanan seperti Asean University Games (AUG), Sukan Malaysia (SUKMA), Kejohanan Sukan Utama KPT, Temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) dan Karnival Sukan Antara Universiti Awam Malaysia (MASUM) sepanjang tahun 2024.
Majlis turut menyaksikan kalungan semula pingat serta penyampaian Anugerah Olahragawan, Olahragawati dan Anugerah Khas 2024.
Turut hadir memeriahkan majlis, YBrs. Sr. Dr. Anuar Mohd Salleh, Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan; para Pengarah PTj HEPA, Timbalan-timbalan Dekan HEPA dan tetamu jemputan.
Pejabat Pembangunan dan Penyenggaraan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pusat Sukan dan Kebudayaan atas anugerah yang diberi.
TERIMA KASIH PSKU
Pejabat Pembangunan dan Penyenggaraan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pusat Sukan dan Kebudayaan atas anugerah yang diberi.
TERIMA KASIH PSKU
- Hits: 678
