Sejarah dan Pentadbiran

Calendar View: 2017-08-31

Pejabat Pegurusan Fasiliti telah ditubuhkan pada 01 Ogos 2009. Selain berperanan menyokong kepada pengurusan pentadbiran Pejabat Naib Canselor, pejabat ini secara khusus bertanggungjawab dalam merancang dan membangunkan keperluan infrastruktur yang kondusif, menguruskan fasiliti secara optimum dan menyediakan keperluan ICT di Kampus UTHM. Pada masa ini, Pejabat PNC (PPFI) didokong oleh Pusat, Bahagian dan Unit yang bertindak mengikut bidang kepakaran masing-masing iaitu  :

i) Bahagian Pembangunan (BP)

i) Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF);

iii) Pusat Teknologi Maklumat (PTM);

iv) Bahagian Pentadbiran Hartabina (BPH);

v) Bahagian Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan Perkerjaan (BPKKP);

vi) Bahagian Pengurusan Kontrak (BPK); dan

vii) Unit Pembangunan Kampus Pagoh (UPKP).

Selain itu, Unit Kampus Lestari yang merancang dan melaksanakan program kelestarian kampus diletakkan di bawah Bahagian Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan Perkerjaan (BPKKP).