Skip to main content

Bicara Integriti

Pada 5 November 2024, sambutan Hari Integriti Nasional telah diadakan dengan objektif membudayakan integriti, memupuk nilai murni, dan memperkukuhkan tadbir urus dalam masyarakat. Bersempena dengan sambutan ini, Unit Integriti UTHM bersama Pejabat Pembangunan dan Penyenggaraan (PPP) telah menganjurkan program bertajuk "Bicara Integriti: Penjawat Badan Berkanun dan Risiko Rasuah", khusus untuk staf PPP.

Program ini bertujuan menyokong dasar dan hala tuju kerajaan seiring dengan konsep Malaysia Madani, di samping menyebarluaskan kesedaran tentang pentingnya integriti dalam organisasi. Acara ini lebih bermakna dengan kehadiran Penolong Pesuruhjaya SPRM Johor, Tuan Mohd Fauzi bin Shadollah, yang telah berkongsi pandangan mendalam mengenai risiko rasuah serta isu-isu berkaitan. Program ini menjadi platform interaksi langsung dan dialog bermakna antara peserta dan pakar.