Skip to main content

Objektif Kualiti

OBJEKTIF
KUALITI

Memastikan Perkhidmatan Berkualiti dengan Pencapaian Objektif Kualiti yang Konsisten

Untuk
Universiti

Menjamin Infrastruktur Kampus yang Mapan untuk Menyokong Kecemerlangan Akademik

  • Enrolmen Pelajar

    Memastikan enrolmen pelajar melebihi 90% daripada sasaran (20,000).

  • Enrolmen Pelajar Antarabangsa

    Memastikan enrolmen pelajar antarabangsa melebihi 6% daripada jumlah enrolmen semasa.

  • Dana Penyelidikan

    Memastikan dana penyelidikan baharu melebihi RM20 juta setahun.

  • SCOPUS Universiti

    Memastikan H-Index (SCOPUS) Universiti meningkat 1 nilai indeks setiap tahun.

  • Kebolehkerjaan Graduan

    Memastikan kebolehkerjaan graduan setelah 6 bulan bergraduat melebihi 80%.

  • Peratus Penjanaan Pendapatan

    Memastikan peratus penjanaan pendapatan melebihi 15% daripada kos operasi universiti.

  • Aduan

    Memastikan aduan berkaitan sistem atau peralatan pengajaran dan pembelajaran diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi 6 bulan.


Read more …Objektif Kualiti

  • Hits: 633

Fungsi

FUNGSI

BAHAGIAN PERANCANGAN

  • UNIT PERANCANGAN FIZIKAL

    • Penyelaras permohonan projek ke Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
    • Pengurusan Pelan Induk pembangunan Fizikal dan Penyenggaraan UTHM
    • Pengurusan Pelan Tindakan Pembangunan Fizikal dan Penyenggaraan UTHM
    • Pelaporan Pemantauan Projek dibawah Peruntukan KPT
    • Pengurusan pemantauan sistem myProjek (EPU)
    • Penyediaan lukisan konsep/lukisan 3D untuk kelulusan Jawatankuasa
    • Penyelaras dokumen pelantikan perunding awam, arkitek, jururancang, landskap, mekanikal dan elektrik
    • Pemantauan projek pembangunan (DE) di bawah pengurusan JKR
    • Urus setia Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Fizikal (JPPF)
  • UNIT PENGURUSAN ASET TAK ALIH

    • Pengurusan dan pengauditan Building Condition Assessment (BCA)
    • Pengurusan Facility Condition Assessment (FCA)
    • Urus Setia Jawatankuasa Pengurusan Ruang Universiti (JPRU)
  • UNIT PENGURUSAN HARTANAH & CCC

    • Pengurusan Hartanah
    • Pengurusan penyelesaian Certificate of Completion and Compliance (CCC) bangunan sedia ada
    • Urus setia Jawatankuasa Kerja Pengurusan Ruang Universiti (JKPRU)

UNIT 1, UNIT 2, UNIT 3

  • Penilaian awalan projek
  • Pelaksanaan Pra Projek
  • Penyeliaan Tapak Bina
  • Penyerahan Projek Siap
  • Pengurusan Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP)

BAHAGIAN PEMBINAAN


BAHAGIAN PENYENGGARAAN

  • AWAM

    • Penyenggaraan kawalan haiwan perosak
    • Penyenggaraan Bangunan
    • Penyenggaraan Infra
    • Penyenggaraan Sistem Pembentungan
    • Pengurusan Papan Tanda Bangunan
  • ELEKTRIK

    • Penyenggaraan Elektrik Voltan Rendah
    • Penyenggaraan Pepasangan Infra Voltan Tinggi
    • Penyenggaraan Janakuasa Tunggusedia
    • Perkhidmatan Pemeriksaan Jurutera Kompeten
    • Penyenggaraan Kerosakan Sistem Telefon
    • Penyenggaraan Peralatan Sistem Telekomunikasi (PABX)
    • Penyenggaraan Audio Visual
  • MEKANIKAL

    • Penyenggaraan Sistem Penghawa Dingin
    • Penyenggaraan Sistem Pencegah Kebakaran
    • Penyenggaraan Sistem Pam Kumbahan
    • Penyenggaraan Sistem Pam Penggalak
    • Penyenggaraan Sistem Mesin Angkat
    • Penyenggaraan Sistem Pemampat Udara

BAHAGIAN KONTRAK & UKUR BAHAN

  • UNIT KONTRAK PENYENGGARAAN

    • Penyediaan Unjuran Peruntukan Mengurus
    • Pengurusan Senarai Kuantiti (BQ)
    • Pengurusan Perolehan Bekalan/Perkhidmatan/Kerja
    • Pemantauan Prestasi Peruntukan
    • Pengesyoran Tawaran Kontrak/Rundingan Harga
    • Pentadbiran Kontrak Kerja/Perkhidmatan/Bekalan
    • Pengurusan Pembayaran Kerja/Perkhidmatan/Bekalan
    • Pengurusan Lanjutan Tempoh Kontrak/Arahan Perubahan Kerja (APK) / Kelulusan Kuantiti Sementara (KKS)
    • Urus Setia Jawatankuasa Penentuan Teknikal PPP
    • Urus Setia Jawatankuasa Penilaian Teknikal PPP
  • UNIT KONTRAK PEMBANGUNAN

    • Penyediaan Unjuran Peruntukan Pembangunan dan Mengurus
    • Pengurusan Senarai Kuantiti (BQ)
    • Pengurusan Perolehan Bekalan/Perkhidmatan/Kerja
    • Pemantauan Prestasi Peruntukan
    • Pengesyoran Tawaran Kontrak/Rundingan Harga
    • Pengurusan Lanjutan Masa/Arahan Perubahan Kerja (APK) / Kelulusan Kuantiti Sementara (KKS)
    • Pentadbiran Kontrak Kerja/Perkhidmatan/Bekalan/Perunding/Konsesi
    • Pengurusan Pembayaran Kerja/Perkhidmatan/Bekalan/Perunding/Konsesi
    • Pengurusan Maintenance Reserve Fund (MRF)/Kerja Tambahan
    • Urus Setia Jawatankuasa Penilaian Perunding

BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN

  • UNIT PENTADBIRAN

    • Perancangan Perjawatan
    • Penanggungan / Pemangkuan Jawatan
    • LNPT
    • Cuti Dalam Perkhidmatan
    • Disiplin dan Integriti
    • Pengurusan Latihan
    • Pengurusan KPI Sasaran Kerja Tahunan Universiti
    • Pelaporan Kajian Semula Pengurusan
    • Pengurusan Risiko
    • Pengurusan Kualiti
    • Pemfailan Dokumen
    • Pengurusan Stor PTJ
    • Pengurusan Kenderaan PPP
    • Urus Setia Mesyuarat Eksekutif PPP
    • Urus Setia Mesyuarat Pengurusan PPP
  • UNIT KEWANGAN

    • Perancangan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) Tahunan
    • Pengurusan Bajet
    • Pengurusan Pembayaran
    • Pengurusan Perolehan Bekalan/Perkhidmatan
    • Pengurusan Tuntutan
    • Pengurusan Panjar Wang Runcit
    • Pendaftaran Aset
    • Pelupusan Aset
    • Pengurusan Kehilangan
    • Urus Setia Pembuka Sebutharga PPP
    • Urus Setia Jawatankuasa Penilaian Sebutharga PTJ
    • Urus Setia Jawatankuasa Aset Alih PTJ

Read more …Fungsi

  • Hits: 3432

LATAR BELAKANG


LATAR BELAKANG

Tahun 2000 - 2013

Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Hartabina (PPH) ditubuhkan selaras dengan penubuhan Kolej Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (KUiTTHO) pada 27 September 2000 dan diketuai oleh seorang Pengarah.

Tahun 2014

Berdasarkan keputusan Jawatankuasa Eksekutif Bil.3/2014 yang bersidang pada 9 Februari 2014, PPP telah distrukturkan semula kepada tiga (3) bahagian iaitu Bahagian Pembangunan (BP), Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF) dan Pejabat Pentadbiran Hartabina (PPH).

BP dan BPF diketuai oleh seorang Pengarah, manakala PPP diketuai oleh seorang Ketua Pentadbir dan ketiga - tiganya bersama Pusat Teknologi Maklumat (PTM) diletakkan di bawah kawal selia Penolong Naib Canselor Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT (PNC PPFI) yang baharu diwujudkan. 


Tahun 2015 - 2016

Pada 24 Ogos 2015, Jawatankuasa Eksekutif Bil.12/2015 telah bersetuju untuk menambah baik struktur sedia ada dengan memberi memberi penekanan terhadap bidang kuasa PNC PPFI, pewujudan Bahagian Pengurusan Kontrak (BPK), Bahagian Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) serta Unit Pembangunan Kampus Pagoh (UPKP) seperti mana yang berikut :

Unit Pembangunan Kampus Pagoh sebelum ini di bawah Pengarah Bahagian Pembangunan telah dikukuhkan dengan diletakkan terus di bawah PNC PPFI agar pemantauan pembangunan kampus Pagoh lebih sempurna. Manakala, Timbalan Pendaftar di Pejabat Pentadbiran Hartabina dipindahkan ke Pejabat PNC PPFI sebagai Ketua Pentadbir.


Tahun 2017

Jawatankuasa Eksekutif Bil.3/2017 yang bersidang pada 18 Julai 2017 sekali lagi merombak dan menyusun semula Pejabat PNC PPFI dan PTj - PTj di bawah kelolaannya. BP, BPF, BPK, BPH dan UPKP telah disatukan di bawah satu payung iaitu Pejabat Pembangunan dan Penyenggaraan (PPP) yang diketuai oleh seorang Pengarah berkuatkuasa 1 Ogos 2017. Pengarah dibantu oleh Timbalan Pengarah Pembangunan, Timbalan Pengarah Penyenggaraan, Timbalan Pengarah Kontrak & Ukur Bahan dan Timbalan Pendaftar. Semua Bahagian dan Unit telah dijenamakan semula seperti berikut :


Tahun 2020

Pihak Universiti sekali lagi menyusun semula struktur organisasi Universiti. Mesyuarat Eksekutif Bil.12/2020 yang bersidang pada 28 Jun 2020 telah bersetuju untuk mewujudkan semula portfolio PNC PPFI. Pejabat PNC PPFI telah diwujudkan secaras rasmi pada 1 September 2020 dengan PPP dan PTM diletak di bawah kelolaanya. Manakala portfolio PNC Kelestarian Kewangan telah dijumudkan.

Tahun 2022 - sehingga kini

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif bil 6/2022 bertarikh 27 Mac 2022 telah memutuskan bahawa bermula 1 April 2022, Bahagian  Perkhidmatan PPP diambil alih oleh Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar (Kini Bahagian Pengurusan Fasiliti). Justeru, organisasi PPP telah disusun semula sebagaimana berikut:

Tahun 2021

Berlaku juga perubahan struktur secara dalaman dengan pewujudan Timbalan Pengarah Kanan I dan Timbalan Pengarah Kanan II seperti berikut :

LOKASI KAMI

Read more …LATAR BELAKANG

  • Hits: 1452

LAPORAN TAHUNAN


LAPORAN TAHUNAN

TAHUN 2022

September  15, 2022

Laporan Penyenggaraan

Bahagian penyenggaraan terdiri daripada 3 unit utama iaitu Awam, Elektrik dan Mekanikal. Ketiga-tiga unit ini menyelia sejumlah 28 kontrak penyenggaraan pada tahun 2022 bagi menguruskan keperluan berkala dan aduan kerosakan yang diterima dari warga Universiti.


Laporan Pembangunan

Perancangan dan pembangunan fizikal di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sangat penting untuk meningkatkan kualiti persekitaran kerja dan meningkatkan produktiviti institusi. Pengurusan fasiliti dan kawasan sokongan pembelajaran adalah kunci dalam mencipta suasana kampus yang kondusif untuk pemikiran inovatif dan kreatif mahasiswa. Infrastruktur yang baik juga membantu menarik minat pelajar dan pemegang taruh untuk mendaftar pengajian. Selain itu, kelestarian alam sekitar juga menjadi keutamaan dalam pembangunan dan pengurusan kampus, memastikan kesan positif terhadap alam sekitar.


TAHUN 2021

September  15, 2022

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memberi keutamaan kepada persekitaran kampus yang kondusif dengan fasiliti berkualiti untuk aktiviti pelajar dan pembelajaran. Pejabat Pembangunan dan Penyenggaraan (PPP) UTHM memainkan peranan penting dalam menjaga fasiliti kampus. Tahun 2020 fokus pada membaikpulih dan menaiktaraf fasiliti sedia ada di bawah RMKe-11 dengan dua projek baharu bernilai RM21 juta dan pembinaan bangunan baharu. Peruntukan dari Pembangunan dan wang rezab universiti digunakan untuk pengurusan 183 kontrak kerja, bekalan, dan perkhidmatan bernilai RM47 juta, memastikan pentadbiran universiti berjalan dengan baik dan menyediakan persekitaran yang selesa.


TAHUN 2020

September 15, 2021

Fasiliti fizikal dan infrastruktur yang lengkap adalah kritikal bagi aktiviti kampus seperti pengajaran, penyelidikan, perkembangan sahsiah, dan ko-kurikulum. Pejabat Pembangunan dan Penyenggaraan bertanggungjawab untuk menyediakan dan menjaga fasiliti kampus yang kondusif. Kualiti persekitaran kampus mempengaruhi kualiti hidup masyarakat kampus. Projek pembangunan baharu dan peningkatan fasiliti sedia ada dijalankan untuk memenuhi keperluan universiti. Tahun 2020 fokus pada membaikpulih dan menaiktaraf fasiliti sedia ada dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), termasuk projek bernilai RM21 juta untuk naiktaraf bangunan dan peralatan pengajaran. UTHM juga sedang membangun bangunan baharu dengan sumber dari peruntukan Pembangunan (DE) dan wang rezab universiti, menguruskan 183 kontrak kerja, bekalan, dan perkhidmatan dengan peruntukan sebanyak RM47 Juta. Ini memastikan pentadbiran universiti berjalan dengan cekap dan menyediakan persekitaran yang selesa.


Read more …LAPORAN TAHUNAN

  • Hits: 525

More Articles …